Isnin, 30 Julai 2012

Fesyen Ibadah Untuk Ramadhan

Askum all readers

Salam hari isnin  .. Salam ramadham  .. dah 11 hari kita menunaikan ibadah puasa semoga kita dapat terus menunaikan ibadah puasa yang terbaik yang dapat medekatkan diri kita kepada pencinta dan dapat mewujudkan sifat penyabar dan penyayang sesama kita.

Membeli baju raya dan berhias hari raya menjadi satu kezaliman bagi umat islam di Malaysia.. tetapi di bulan ramdhan pula ramai umat islam yang kerap mengunjungi masjid jadi ada yang mengambil kesempatan membeli kelengkapan ibadah yang baru seperti telekung dan jubah. Mungkin persiapan itu dah dilakukan terlebih awal seperti sebelum ramadhan lagi

Tapi masih belum terlambat untuk  membuat persiapan  membeli telekung  baru kerana ramadhan kita masih berbaki lebih kurang 20 hari lagi. Mungkin dengan adanya telekung baru boleh menambahkan semangat kita untuk beribadah.  Dan kalau kita tongok evolusi  koleksi jubah sememangnya melalui evolusi perubahan yang sangat pantas di mana dahulunya koleksi jubah hanya diwarnai dengan warna hitam dan warna2 gelap yang dipengaruhi daripada elemen  negara timur tengah. Tetapi sekarang kita tengok dah disuntik dengan elemen moden dengan setuhan kreatif daripada pereka-pereka tempatan dan mempunyai pelbagai gaya dan juga warna yang sesuai dipakai untuk beribadah. Dan pada telekung pula terdapat pelbagai warna dan ukiran kerawang sulaman yang terdapat pada telekung masa kini.

Jom kita tengok telekung yang berwarna-wani pada zaman sekarang
comelkan.... siap ada dengan beg yang comel


Bagi koleksi jubah pula permintaan warna-warna kusam dah menurun  dan dilebihkan dengan fesyen moralbigglam yang mana warna yang garang seperti turquis dan sebagainya.. Contoh koleksi jubah masa kini yang menampilkan koleksi warna-warna yang tready.






Kepada wanita muslimah yang inginkan kelainan dan keyakinan.. Cubalah bergaya di Aidilfitri dengan rekaan jubah masakini..

Tq4r..
Bigg dreaammm

Ahad, 22 Julai 2012

Comel ... cute dan Cantik..

Salam my beautiful readers..

start with this... Fira rasa semua girls sukakan benda2 yang comel... cute dan cantik. Its call Fesyen.. Sekarang nih dari baby semua nya nak berfesyen..Pernah ke korang terfikir Apa itu Fesyen. Fesyen merupakan cara berpakaian yang diterima dari hari ke hari pada satu-satu masa.. Sekiranya kita melihat semua orang memakai warna atau stail yang sama, yang mana sebelum ini belum menjadi trend, itu adalah in-fashion

Fesyen adalah penampilan keseluruhan indidvidu tahu apa yang ia mahu,  berdasar kepada keperluan korang dan pengaruh terhadap sesuatu.SAYA NAK JEANS LEVIS BAJU ZARA .. TAPII UWANG TIADA..  Walaupun fesyen direncanakan & sesetengah stail balik semula, ia hanya untuk satu-satu ketika sahaja. Begitu juga dengan fesyen terdahulu, tidak pernah sama & fesyen tidak akan sama.

Setiap individu tahu apa yang ia mahu, berdasarkan kepada keperluan & pengaruh nafsu korang.. jangan lew nak berfesyen punya pasal korang sanggup ikat perut, lazimnya carilah fesyen bertepatan dengan kemampuan diri sndiri dan ini  bermakna ia akan memperolehi pulangan yang baik bagi setiap sen yang korang belanjakan. Oleh sebab itu permintaan terhadap design yang menarik semakin meningkat.

Jom kita layan fesyen baju raya yang Fira google kan heheh...






Ok Selamat Berfesyen..
tq4r
Love FIRA.. 

Jumaat, 20 Julai 2012

Episod 2 : Adakah berbaloi jika saya menjahit sendiri...

Sempena Bulan Ramadan ni Fira nak sambung episod yang lepas iaitu berbaloi jika kita mencuba belajar menjahit. Sebenarnya menjahit boleh dijadikan satu hobi yang sangat baik. Ia boleh dibuat secara ekonomikal, & anda boleh menjimatkan wang anda. Namun bagi yang belum mencuba menjahit ia tidak boleh diagap mudah.

Sesetengah tukang jahit menyimpan banyak fabrik di rumahnya. seperti Fira dah tak mampu untuk mengelak kerana disebabkan ketagihan. Malangnya fabrik cepat ketinggalan zaman. Sayangnya kebanyakkan orang membuang fabrik tahun 60 an. Nampaknya ia sudah kembali semula.

Berbalik semula kepada fabrik yang sudah 'ketinggalan zaman' Seperti cotton lihatlah apa yang dah terjadi sekarang dah semakin digemari.  Dahulunya apa yang fira ingat cotton hanya dipakai oleh budak2 yang nak pergi mengaji heheh...kainnya keras cedong sahaja.Tetapi pada masa sekarang bnyak pilihan cotton yang boleh dibuat pilihan.


 koleksi pereka fesyen Jasmine zaidan dengan gaya vintaj
Fesyen saloma 60 an.. pinggang bab kerengga.


Nasihat Fira ialah jahit adalah sesuatu yang menjimatkan wang anda. Jika anda hendak mengumpul fabrik pilihlah fesyen klasik supaya kekal lama. Pilihlah stail yang bijak.. Sekian dari Fira untuk kali ini... 


tq4r.. big dreamm...

Isnin, 16 Julai 2012

6 Bulan berlalu


Lamanya tinggal blog Teratak Fira nihh.. rinndu yang amat… Sejak beberapa bulan nih banyak benda yang Fira hadapi… benti kerja dapat kerja.. n last2 benti gak huhu… Nak buat camna kan hati dah terlekat di Teratak Fira huhuhu… Tapi Fira bersyukur banyak sangat benda baru yang Fira balajar.. Terima Kaseh untuk FM network n kawan-kawan d Rass Design… Apa pun Fira bersyukur sangat tempahan baju untuk Raya tahun ni banyak jugak.. terima kaseh banyak yang menyokong Fira.

Tapi dalam banyak benda yang belaku nih Fira sempat lagi siapkan logo baru untuk Teratak Fira n Name card dijadikan taq baju heheh…

Ni ada satu yang Fira dapat tindak balas Name card dijadikan taq baju heheh…

Msg dr Miza(BFF d UMK)
                         Iera cantek giler baju miza… miza suke heheh tq… ye sayang kuat-kuat kat iera. Price taq iera ini cantek n ada style.. gud luck yew…

 hehehe senget kan kepala korang ke sebelah kiri....
 Tangan baju yang miza nak ... Uat kan kaf untuk tangan baju miza....
Hermmm tq yew cik miza.. Tapi kecian gak kat miza ni baju dia lambat sampai.. 

 Taq baju  Teratak Fira .. Kalu da pa pa call jew no yang tertera atau 04-9382614
tq4 reading... big dreeamm....