Ahad, 21 Oktober 2012

Pilih Rantai Leher setanding dengan Fesyen..

Sebenarnya bukan suatu kerja yang mudah dalam membuat pemilihan Rantai yang tepat.. Yang paling penting sesuai digayakan dengan fesyen pakaian anda.. ia merupakan pemilihan terakhir dalam penampilan anda.



Sebelum anda membeli rantai cuba tanya diri anda. adakah anda inginkan rantai hingga ke paras dada? Adakah anda mahukan pujian dengan pemaikaian  tersebut? atau anda menginginkan perbuatan yang halus? dan listkan apa yang ada inginkan dengan pemakaian rantai.

Pastikan rantai yang anda pilih sesuai dengan pemilihan gaya pakaian anda atau bersesuaian dengan sesuatu majlis yang kamu hadiri.. Contohnya rantai yang bersaiz besar dan menampakkan seksi sesuai untuk ke majlis makan malam  yang grand tapi tak sesuai dipakai jika anda masuk ke bili mesyuarat.

Anda juga perlu sesuaikan dengan kemampuan anda. Dalam pemilikan rantai emas terutamanya anda juga perlu berkira mengenai kemampuan dan wang anda. Terdapat banyak jenis rantai yang dijual dipasaran. Sebaiknya buatlah pilihan yang bijak.

Dalam pemilihan rantai pastikan anda tahu saiz leher anda supaya anda mendapat rantai yang terbaik untuk gaya fesyen anda. Ini juga sangat penting apabila anda membeli di dalam talian kerana anda tidak boleh mencubanya. Jika leher anda purata bersaiz 16'' ini akan memudahkan pemilihan proses membeli rantai. tetapi jika leher anda bersaiz melebihi 16'' mungkin akan menjadi ketat. Aapabila anda membuat pilihan rantai yang berwarna pastikan sesuai dengan warna kulit anda dan juga warna pakaian anda.

Selamat berjaya chomel2 skelian..
tq4r

Khamis, 4 Oktober 2012

Jom pilh DRESS yg chantek & sesuai.

hi im back with some tips..
guys sorry for the lack of update..im superdupper busy but do hope that..u all still nak read my blog and support me (PERASANN BETOL LAA )..thanks for all of u.

kepada si rendah..

kalau boleh..nak memilih Dress..biarlah labuh tu..xmelebihi lutut(pastikan!)..
separa lutut or atas sedikit dari lutut would be nice.
kalau kita pilih maxi yang lebih dari lutut kelabuhan die.konfum2 kita akan nampak semakin pendek.

pastikan corak2 pada baju tu xterlalu besar dan berjalur melintang sebab itu jugak akan menampakkan kita semakin pendek.

kalau pilih dress yang yang macam bertingkat sedikit..pastikan tingkat2 tu xterlalu banyak sebab akan menampakkan kite seperti pokok rendah yang rendang..








kepada yang berbadan sedikit gempal..

kalau nk pilih dress..pastikan..labuh juga separa lutut(jgn melebihi), tidak terlalu kembang maxinya, sedang2 saja okay.
corak jgn pilih yang besar sebab ia akan menampakkan kite 2 kali lebih besar.

avoid this: jgn memilih dress yang kembangnya itu bermula dari atas..(contoh bermula dekat paras dada) sbb badan kita akan nampak seperti belon yang bulat.
make sure kita pilih pakaian yang kembangnya tu bermula di paras pinggang
kita(jom tengok dress cantik)..so kamu xakan nampak bulat or gempal sgt..

so..follow this tips...korang semua bebas berfesyen dengan yakin..pedulikan tentang warna apa yang kamu suka..pilih saja apa yang korang suka..

tq Sayang 4 reading...

Jumaat, 28 September 2012

Tip pilih Kasut Terbaik!!!

hey darlings..

im sure enough ramai yang mengimpikan kasut yang cantik terbaik dari ladang bila menggayakannya. Fira sendiri mmg gilakan kasut tambah2 yang bertumit tinggi2 hehehe.. tapi jarang pakai pun cuma menambahkan koleksi hekhek.. Sebenarnya Kasut ialah produk yang menjadi sentuhan terakhir dalam sesuatu penampilan. Ramai girls termasuk Fira sendiri sanggup  berbelanja lebih hanya untuk memiliki kasut idaman. Tak kira mesti dapatkan jugak heheh..  Namum tidak ramai mengutamakan faktor keselesaan.. Kita hanya pikir yang penting kasut tu cantik... tak betul sebenarnya.

haha design kepala keta pun ada.. comel heheh...

Untuk memiliki kasut yang selesa dipakai dan kekal bergaya bila disarungkan, meh review tips yang Fira sediakan... Mungkin boleh membantu korang dalam pemilihan fesyen kasut sekarang. Kalu ada some review boleh laa letakkan di komen.

1. first sekali mesti belek2 kualiti Kasut tersebut. Ni laa faktor utama yang menjadikan sepasang kasut itu tahan lebih lama, keselesaan dan dilihat praktikal bila disarungkan.
- Sebelum  mencuba sepasang kasut yang diidamkan, korang perlu berhati-hati dan memeriksa setiap inci kasut tersebut bermula dari bahagian kaki dan tumitnya. Jika kasut tersebut diperbuat daripada metirial kulit cuba perhatikan titik2nya.. mna tau kan heheheh...ia haruslah fleksibel dan elastik,

2. Lapik dalam yang dipanggil insole 
Tahap lain yang korang harus periksa ialah bahagian lapik dalam kasut itu. Pastikan lapiknya dibentuk sehampir yang mungkin dengan kaki korang. Ini bagi memastikan keselesaan sewaktu korang memakainya, takdelaa korang jlan tersenget2 sakit tumit disebabkan lapik dalam kasut yang tak betul.
- Tapak kasut yang korang pilih tuh mesti anatomi, iaitu seakan-akan bentuk kaki.

3. Mencuba kasut dengan cara YANG TEPAT.
Sebelum korang membeli kasut tersebut pastikan korang tahu saiz tapak kaki sndiri dan korang perlu cuba kedua2 belah kasut tersebut dan berjalan2 didalam kedai tersebut untuk mendapatkan keserasian. bila dah selesa baru lah membuat keputusan terakhir. Pernah tak jurujual kasut akan cakap mcam nih, kasut baru tak betul2 muat sebab nanty kasut tuh akan mengembang jika kamu memakai berulangkali.. Jurujual tuh cakap memag la ada benarnya tapi jika kamu memakai kasut tersebut dalam saiz yang kecil mmg laa tak selesakan.. nak tggu kembang baru nak selesa.. padahh laa jawabnya..

4. Cuba  Kasut di Rumah
Ceeewahh tajuk no 4 tuh macam kecewi jaa dapat kasut baru heheh.... Tetapi sebenarnya betul. Dirumah korang boleh cuba kasut tersebut sehinggalah dapat memuaskan hati korang dan tersenyumm lebar. Kaedah ini dapat memastikan keputusan yang dibuat tepat atau sebaliknya. Jika sebaliknya korang boleh lagi nak pulangkan kasut tersebut atau menukar dengan kasut yang lain. Selalunya jaminan penukaran untuk sepasang kasut selama 30 hari dengan syarat korang tak hilangkan resit pembelian serta kotak kasut yang diserta sewaktu pembelian.

5. Pilih ukuran & rekaan yang betul
Pilihlah model kasut yang klasik, khususnya dari segi rekaannya. pastikan ketingian yang kamu pilih benar menjamin keselesaan dan kesihatan kamu.
rekaan bentuk binatang comel.. tapiiiiii.. selesa kew????

6. Pilih kasut yang besesuaian dengan tubuh kamu.
Sangat penting untuk mempertimbangkan ukuran tubuh korang sewaktu korang memilih kasut. Perempuan yang bertubuh besar tidak disaran untuk memilih kasut yang yang bertumit tinggi dan runcing atau jenis kasut "stiletto". tetapi lebih cantik dan manis jika memakai kasut dengan tumit besar dan stabil.
ni laa gaya kasut stiletto

kasut wedges macam nih mmg sangat selesa dan cantik

Jadi jom laa kita memetingkan penjagaan dan kesihatan kaki kita dengan memilih kasut yang betul dan cantik....barulah kita sentiasa comel....

tq4 reading comel2 sekelian...

Isnin, 3 September 2012

Hitler Sebagai Nama Sebuah Perniagaan – Publisiti Percuma Ke Seluruh Dunia


Hitler Sebagai Nama Sebuah Perniagaan – Publisiti Percuma Ke Seluruh Dunia

Seorang usahawan dan pemilik perniagaan pakaian di bandar Ahmedabad di India akhirnya bersetuju untuk menukar nama perniagaannya dengan syarat beliau perlu mendapat ganti rugi yang sepatutnya untuk menukar nama perniagaan beliau.
Nama perniagaan beliau ialah HITLER.
Kedai ini dibuka 10 hari yang lepas dengan nama besar HITLER serta lambang Nazi pada titik di atas huruf “i”
Rajesh Shah adalah usahawan yang mengusahakan kedai ini meminta gantirugi sebanyak 150,000 Rupee atau bersamaan dengan RM 8420 daripada orang awam jika mereka mahu beliau menukar nama kedai beliau.
“Saya tidak tahu bahawa nama ini boleh menimbulkan kemarahan”, kata Rajesh Shah. “Setelah membuka kedai ini baru saya tahu Hitler telah membunuh lebih 6 juta orang”, tambah beliau.
Menurut beliau juga, Hitler adalah nama yang diletakkan untuk mengelar datuk kepada rakan niaganya kerana beliau sangat tegas dan berdisiplin.
Di India, Hitler adalah nama samaran bagi mereka yang tegas dan garang.
Sumber : NBC News
Tapi dari aspek perniagaan, ini adalah satu publisiti percuma yang luar biasa. Kedainya akan terkenal ke seluruh dunia. Selepas ini Rajesh Shah akan mengambil langkah menukar nama kedainya dan ini juga akan mendapat liputan dari seluruh dunia.
Bila anda nak buka kedai dengan nama Osama Bin Laden di Malaysia ?
Shahabudeen Jalil
Entry nih fira sharekan dari http://www.shahabudeenjalil.com/

Rabu, 29 Ogos 2012

Selamat Hari Raya


jom.. jom nyanyi lagu raya


Selamat Hari Raya untuk readers semua walaupun terlambat tetapi kita mesti lagi dalam mood rayakan .. Maklumlahh dah seminggu lebih kita bercuti untuk berhari raya dan bagi yang berada diutara timur dan selantan tanahair mesti dah balik ke kota untuk kembali bekerja. Tetapi untuk cuti hujung minggu spanjang bulan syawal nih mesti banyak yang akan menghadiri tumah terbuka, Untuk topik kali ni fira nak ceritakan tentang koleksi fesyen untuk ke rumah terbuka (OH).

Daripada fira sendiri koleksi pakaian OH yang lebih santai seperti di rumah atau outdoor event kita bolehlah memilih pakaian yang simple dan tak terlalu sarat dimana warna-warna yang digunakan adalah daripada pastel colour. Boleh juga menggayakan drees yang sesuai dengan seluar or jeans, mungkin bagi yang ada anak-anak kecil yang ative senang ckit korang nak begerakkan. Yang penting korang mesti creative menyesuaikan fesyen korang supaya lebih santai.

Jom try tengok koleksi ready to wear Jovian Mandagie dekat zalora pun ada.  kali ni Jovian berbaik hati nak released kan koleksi ready to wear hari raya yang mampu milik untuk orang biasa macam Fira ni. Hukhuk…Kalau harga biasa, mana mampu ok… sebulan gaji pun belum tentu dapat beli baju-baju Jovian!

















Mungkin ramai yang tanya, cantik sangat ke koleksi Jovian ni? Ok. Good question sangat, tapi apa yang Fira nak bagi tahu, cantik, best, bagus, hebat ke tidak bukan pokok persoalannya, apa yang penting, minat dan passion terhadap sesuatu yang memang kita minat. Yang penting RTW Jovian nih boleh digayakan dengan seluar or skiny jeans


Berbalik pada topik kita  , bagi fira nak pergi OH tak payah la nak pakai yang terlalu glamorkan tambah2 yang ada anak plak.. seperti memakai feyen baju tangan lebar sampai nak mncincah rendang.kadang tuh ada plak yang bergaya dengan full accersories, tudung  plak berbelit sampai 5 6 kalikan. So bagi yang nak pergi OH tuh mestilah berpatutan dan selesa maybe mungkin dalam sehari tuh kita nak pergi 4 5 buah OH kan. jadi pilihlah fesyen yang selesa mungkin sampai ke malam.


Okayh selamat beropen House.. yang penting nampak cantik dan selesa untuk begerak.


Sesapa yang ada pandangn yang boleh dikongsikan leh tgglkan komen. 




Sabtu, 25 Ogos 2012

Asam Pedas Ikan Kembong in The Making

Done.. Asam pedas Ikan kemBonggg...

Okeyhh sekarang nih masih lagik dalam mood raya.. Tapi rendang ketupat mesti laa dah habiess kann .. raya pertama lagik dahh habess heheh... Dah masuk hari raya yang ke 8 mula larr nak geledah periuk nasik nak mkan tengahary kan heheh maklumlahh dah ramai yang pulang ke bandar untuk start bekerja.. jadi open house dah semakin berkurang untuk di kampung yew.. kalu di kl tuh mungkin raya sebulan.. hujung minggu jaa ada sajew open house kan... 

Entry kali ni pasal masak bukan pasal fashion.. jangan terkejut tau.. bukan dah tak minat fashion tapi fashion dan menjahit nih da jadi darah daging.. tahun ni malam raya, hari raya pertama still lagik menjahit tau heheh... Abang n Kak Fira asyik marah jeww heheh.. nak buat camna kan baju raya yang ditempah untuk raya mesti kena siapkan...

Ok back to Asam Pedas kita.. Honestly Fira mmg pandai masak okayhhh (kew perasan sendiri heheh) Tapi disebabkan kecik2 dulu arwah mak fira mesti membebel kalu dia tengah memasak anak dara rileks tgok tb.. siaplahh kau tutup telinga heheh... tapi kecik2 dulu memag liat, yew laa kan budak2 mesti nak tgok cartoon nak main ngan kawan2 jew kan.. Tapi dipaksa jugak masuk dapur.. start dari cnilahh fira pandai masak memasak nih. setakat kari ikan tuhh senang jew bagi Fira heheh...  Tapi bila dah besar panjang nihh masak memasak nih jadik bestt plak.. Seronok bila bereksperimen pasal masak ni. Letak tu rasa macamtu letak ni rasa macam ni. So Fira dah mula jatuh cinta dengan fashion n masak memasak nih.. berangan konon2 nak jadik fashion designer macam hatta,, nak jadik chef macam chef wan heheh last2 jadik art designer amek kau heheh...

Panjang betul membebel hahah...But as for now i nak berkongsi dgn u guys mcm mana nak masak Asam Pedas oag utaghra, Superb. Sgt senang nak masak and sgt sedap! Tak pecaya? Try yourself! hehe

Ikan 1/2 kilo ( Fira guna ikan Kembonggg ja hehe)


Cili kering 20 batang (rebus dan cuci)
buah keras 5 biji
belacan 1/2 inci

(Blend ke semua bahan di atas dan ketepikan)

Bawang merah kecil 5 ulas
bawang putih 3 ulas
serai satu batang yang kecil
kunyit hidup 1 inci.

(Blend ke semua ini dan ketepikan)

bahan-bahan lain untuk ditumis :

biji halba - 10 biji
daun kari - satu batang lurutkan
daun kesum 2 tangkai ikat

Cara-caranya,

1.Panaskan minyak, tumiskan biji halba, daun kari, daun kesum.
2. Setelah naik bau, masukkan kisaran campuran bawang bawang tadi sehingga naik bau dan agak garing.
3. Masukkan pula kisaran campuran cili kering tadi sehingga garing dan naik minyak.
4. Masukkan air bancuhan asam jawa, garam dan ajinomoto dan sedikit air
5. Setelah mendidih masukkan ikan, tomato dan kacang bendi.
6. Biar mendidih dan kemudian kecilkan api untuk merenihnya.
7 Angkat dan hidang bersama nasi panas.

ok, itu sajalah cara2 memasak asam pedas, tgk mcm complicated nak buat kan? Padahal senang nak mampus! hehe actually masak ni, kita kene banyak mencuba. Kalau sekali buat memangla tak sedap. Tapi kena keep on trying la. Nti lama-lama mestila terror kan? Boleh jadi masterchef gitu. Haha okla. Kang tak kuasa korang nak membaca i bebel panjang2. Ade org nak baca ke? haha tak kisahla, i just nak berkongsi ape yg tau dgn u guys. SO selamat mencuba!! :))

Khamis, 9 Ogos 2012

Lycra Maxi Skirt

Pre Order After Raya Lycra Maxi Skirt ...








Size : Free size fit to size S, M, X
Price : Rm 50.00
Deposit : we accept deposit as low as RM10 per item
For order msg my office No 017417763 or 
email : faziera136@gmail.com

Isnin, 30 Julai 2012

Fesyen Ibadah Untuk Ramadhan

Askum all readers

Salam hari isnin  .. Salam ramadham  .. dah 11 hari kita menunaikan ibadah puasa semoga kita dapat terus menunaikan ibadah puasa yang terbaik yang dapat medekatkan diri kita kepada pencinta dan dapat mewujudkan sifat penyabar dan penyayang sesama kita.

Membeli baju raya dan berhias hari raya menjadi satu kezaliman bagi umat islam di Malaysia.. tetapi di bulan ramdhan pula ramai umat islam yang kerap mengunjungi masjid jadi ada yang mengambil kesempatan membeli kelengkapan ibadah yang baru seperti telekung dan jubah. Mungkin persiapan itu dah dilakukan terlebih awal seperti sebelum ramadhan lagi

Tapi masih belum terlambat untuk  membuat persiapan  membeli telekung  baru kerana ramadhan kita masih berbaki lebih kurang 20 hari lagi. Mungkin dengan adanya telekung baru boleh menambahkan semangat kita untuk beribadah.  Dan kalau kita tongok evolusi  koleksi jubah sememangnya melalui evolusi perubahan yang sangat pantas di mana dahulunya koleksi jubah hanya diwarnai dengan warna hitam dan warna2 gelap yang dipengaruhi daripada elemen  negara timur tengah. Tetapi sekarang kita tengok dah disuntik dengan elemen moden dengan setuhan kreatif daripada pereka-pereka tempatan dan mempunyai pelbagai gaya dan juga warna yang sesuai dipakai untuk beribadah. Dan pada telekung pula terdapat pelbagai warna dan ukiran kerawang sulaman yang terdapat pada telekung masa kini.

Jom kita tengok telekung yang berwarna-wani pada zaman sekarang
comelkan.... siap ada dengan beg yang comel


Bagi koleksi jubah pula permintaan warna-warna kusam dah menurun  dan dilebihkan dengan fesyen moralbigglam yang mana warna yang garang seperti turquis dan sebagainya.. Contoh koleksi jubah masa kini yang menampilkan koleksi warna-warna yang tready.






Kepada wanita muslimah yang inginkan kelainan dan keyakinan.. Cubalah bergaya di Aidilfitri dengan rekaan jubah masakini..

Tq4r..
Bigg dreaammm

Ahad, 22 Julai 2012

Comel ... cute dan Cantik..

Salam my beautiful readers..

start with this... Fira rasa semua girls sukakan benda2 yang comel... cute dan cantik. Its call Fesyen.. Sekarang nih dari baby semua nya nak berfesyen..Pernah ke korang terfikir Apa itu Fesyen. Fesyen merupakan cara berpakaian yang diterima dari hari ke hari pada satu-satu masa.. Sekiranya kita melihat semua orang memakai warna atau stail yang sama, yang mana sebelum ini belum menjadi trend, itu adalah in-fashion

Fesyen adalah penampilan keseluruhan indidvidu tahu apa yang ia mahu,  berdasar kepada keperluan korang dan pengaruh terhadap sesuatu.SAYA NAK JEANS LEVIS BAJU ZARA .. TAPII UWANG TIADA..  Walaupun fesyen direncanakan & sesetengah stail balik semula, ia hanya untuk satu-satu ketika sahaja. Begitu juga dengan fesyen terdahulu, tidak pernah sama & fesyen tidak akan sama.

Setiap individu tahu apa yang ia mahu, berdasarkan kepada keperluan & pengaruh nafsu korang.. jangan lew nak berfesyen punya pasal korang sanggup ikat perut, lazimnya carilah fesyen bertepatan dengan kemampuan diri sndiri dan ini  bermakna ia akan memperolehi pulangan yang baik bagi setiap sen yang korang belanjakan. Oleh sebab itu permintaan terhadap design yang menarik semakin meningkat.

Jom kita layan fesyen baju raya yang Fira google kan heheh...






Ok Selamat Berfesyen..
tq4r
Love FIRA.. 

Jumaat, 20 Julai 2012

Episod 2 : Adakah berbaloi jika saya menjahit sendiri...

Sempena Bulan Ramadan ni Fira nak sambung episod yang lepas iaitu berbaloi jika kita mencuba belajar menjahit. Sebenarnya menjahit boleh dijadikan satu hobi yang sangat baik. Ia boleh dibuat secara ekonomikal, & anda boleh menjimatkan wang anda. Namun bagi yang belum mencuba menjahit ia tidak boleh diagap mudah.

Sesetengah tukang jahit menyimpan banyak fabrik di rumahnya. seperti Fira dah tak mampu untuk mengelak kerana disebabkan ketagihan. Malangnya fabrik cepat ketinggalan zaman. Sayangnya kebanyakkan orang membuang fabrik tahun 60 an. Nampaknya ia sudah kembali semula.

Berbalik semula kepada fabrik yang sudah 'ketinggalan zaman' Seperti cotton lihatlah apa yang dah terjadi sekarang dah semakin digemari.  Dahulunya apa yang fira ingat cotton hanya dipakai oleh budak2 yang nak pergi mengaji heheh...kainnya keras cedong sahaja.Tetapi pada masa sekarang bnyak pilihan cotton yang boleh dibuat pilihan.


 koleksi pereka fesyen Jasmine zaidan dengan gaya vintaj
Fesyen saloma 60 an.. pinggang bab kerengga.


Nasihat Fira ialah jahit adalah sesuatu yang menjimatkan wang anda. Jika anda hendak mengumpul fabrik pilihlah fesyen klasik supaya kekal lama. Pilihlah stail yang bijak.. Sekian dari Fira untuk kali ini... 


tq4r.. big dreamm...

Isnin, 16 Julai 2012

6 Bulan berlalu


Lamanya tinggal blog Teratak Fira nihh.. rinndu yang amat… Sejak beberapa bulan nih banyak benda yang Fira hadapi… benti kerja dapat kerja.. n last2 benti gak huhu… Nak buat camna kan hati dah terlekat di Teratak Fira huhuhu… Tapi Fira bersyukur banyak sangat benda baru yang Fira balajar.. Terima Kaseh untuk FM network n kawan-kawan d Rass Design… Apa pun Fira bersyukur sangat tempahan baju untuk Raya tahun ni banyak jugak.. terima kaseh banyak yang menyokong Fira.

Tapi dalam banyak benda yang belaku nih Fira sempat lagi siapkan logo baru untuk Teratak Fira n Name card dijadikan taq baju heheh…

Ni ada satu yang Fira dapat tindak balas Name card dijadikan taq baju heheh…

Msg dr Miza(BFF d UMK)
                         Iera cantek giler baju miza… miza suke heheh tq… ye sayang kuat-kuat kat iera. Price taq iera ini cantek n ada style.. gud luck yew…

 hehehe senget kan kepala korang ke sebelah kiri....
 Tangan baju yang miza nak ... Uat kan kaf untuk tangan baju miza....
Hermmm tq yew cik miza.. Tapi kecian gak kat miza ni baju dia lambat sampai.. 

 Taq baju  Teratak Fira .. Kalu da pa pa call jew no yang tertera atau 04-9382614
tq4 reading... big dreeamm....

Jumaat, 27 Januari 2012

Episod 1: Adakah berbaloi jika saya menjahit pakaian sendiri??



         Ada banyak factor yang anda perlu pertimbangkan apabila membuat keputusan sama ada anda mahu menjahit pakaian sendiri atau tidak. Skil perlu dipelajari. Bekalan mesti dibeli. Ruang mesti diperuntukkan untuk menjahit dan menyimpan bekalan (& tentunya berselerak- dari tempat memotong mesin, ke jahit, ke tempat menggosok). Jika anda mempunyai anak-anak kecil, anda mestilah berhati-hati kerana peniti pasti akan jatuh ke atas lantai


         Kos dan kualiti perlu dipertimbangkan . Kini kos fabric telah meningkat dengan tingginya. Teknik mnejhait menjadi semakin rumit. ‘Kemasiapan’ professional sukar diperolehi oleh mereka yang menjahit di rumah. Sentuhan khas, seperti jahit sulam & lain-lain kemasiapan selalunya tidak boleh dilaksanakan oleh mereka yang menjahit di rumah.

comelkann sewing room nih....

         Dengan terdapatnya pakaian-pakaian keluaran kilan tempatan, sudah tentu harga di gedung lebih murah di bandingkan dengan kos apabila anda membuat pakaian sendiri. Tidak lupa juga, jika anda membeli pakaian-pakaian keluaran tempatan digedung-gedung membeli-belah, anda pasti bahawa ianya akan padan dengan anda & anda kelihatan cantik mengenakannya. Apabila anda menjahit sesuatu untuk diri anda sendiri, anda akan lebih mudah membuat kesilapan.

       Saya sendiri membuat pakaian saya sendiri tetapi kini masa menjahit sangat terhad . semakin umur seseorang itu meningkat, dia terpaksa berusaha lebih gigih agar kelihatan menarik. Anda boleh memakai apa sahaja pakaian semasa anda berusia 21 tahun, tetapi apabila anda melewati  40 tahun anda perlu bantuan seberapa banyak untuk kelihatan menari.

Jumpa lagi lam Episod seterusnya...