Isnin, 3 September 2012

Hitler Sebagai Nama Sebuah Perniagaan – Publisiti Percuma Ke Seluruh Dunia


Hitler Sebagai Nama Sebuah Perniagaan – Publisiti Percuma Ke Seluruh Dunia

Seorang usahawan dan pemilik perniagaan pakaian di bandar Ahmedabad di India akhirnya bersetuju untuk menukar nama perniagaannya dengan syarat beliau perlu mendapat ganti rugi yang sepatutnya untuk menukar nama perniagaan beliau.
Nama perniagaan beliau ialah HITLER.
Kedai ini dibuka 10 hari yang lepas dengan nama besar HITLER serta lambang Nazi pada titik di atas huruf “i”
Rajesh Shah adalah usahawan yang mengusahakan kedai ini meminta gantirugi sebanyak 150,000 Rupee atau bersamaan dengan RM 8420 daripada orang awam jika mereka mahu beliau menukar nama kedai beliau.
“Saya tidak tahu bahawa nama ini boleh menimbulkan kemarahan”, kata Rajesh Shah. “Setelah membuka kedai ini baru saya tahu Hitler telah membunuh lebih 6 juta orang”, tambah beliau.
Menurut beliau juga, Hitler adalah nama yang diletakkan untuk mengelar datuk kepada rakan niaganya kerana beliau sangat tegas dan berdisiplin.
Di India, Hitler adalah nama samaran bagi mereka yang tegas dan garang.
Sumber : NBC News
Tapi dari aspek perniagaan, ini adalah satu publisiti percuma yang luar biasa. Kedainya akan terkenal ke seluruh dunia. Selepas ini Rajesh Shah akan mengambil langkah menukar nama kedainya dan ini juga akan mendapat liputan dari seluruh dunia.
Bila anda nak buka kedai dengan nama Osama Bin Laden di Malaysia ?
Shahabudeen Jalil
Entry nih fira sharekan dari http://www.shahabudeenjalil.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan