Jumaat, 27 Januari 2012

Episod 1: Adakah berbaloi jika saya menjahit pakaian sendiri??



         Ada banyak factor yang anda perlu pertimbangkan apabila membuat keputusan sama ada anda mahu menjahit pakaian sendiri atau tidak. Skil perlu dipelajari. Bekalan mesti dibeli. Ruang mesti diperuntukkan untuk menjahit dan menyimpan bekalan (& tentunya berselerak- dari tempat memotong mesin, ke jahit, ke tempat menggosok). Jika anda mempunyai anak-anak kecil, anda mestilah berhati-hati kerana peniti pasti akan jatuh ke atas lantai


         Kos dan kualiti perlu dipertimbangkan . Kini kos fabric telah meningkat dengan tingginya. Teknik mnejhait menjadi semakin rumit. ‘Kemasiapan’ professional sukar diperolehi oleh mereka yang menjahit di rumah. Sentuhan khas, seperti jahit sulam & lain-lain kemasiapan selalunya tidak boleh dilaksanakan oleh mereka yang menjahit di rumah.

comelkann sewing room nih....

         Dengan terdapatnya pakaian-pakaian keluaran kilan tempatan, sudah tentu harga di gedung lebih murah di bandingkan dengan kos apabila anda membuat pakaian sendiri. Tidak lupa juga, jika anda membeli pakaian-pakaian keluaran tempatan digedung-gedung membeli-belah, anda pasti bahawa ianya akan padan dengan anda & anda kelihatan cantik mengenakannya. Apabila anda menjahit sesuatu untuk diri anda sendiri, anda akan lebih mudah membuat kesilapan.

       Saya sendiri membuat pakaian saya sendiri tetapi kini masa menjahit sangat terhad . semakin umur seseorang itu meningkat, dia terpaksa berusaha lebih gigih agar kelihatan menarik. Anda boleh memakai apa sahaja pakaian semasa anda berusia 21 tahun, tetapi apabila anda melewati  40 tahun anda perlu bantuan seberapa banyak untuk kelihatan menari.

Jumpa lagi lam Episod seterusnya...

pashmina plain.....rm13 exclude postage.....COME & GRAB IT NOW!!!!!!!!


Ladies, delivery package in person ( by hand) will be provide.. No hidden charges! :) only at Teratak Fira

Sabtu, 21 Januari 2012

Jawatan Kosong....


Menjahit membantu mereka yang menganggur

Pengangguran telah dilihat sebagai salah satu factor di sebalik pencambahan perusahaan pakaian dia bnadar-bandar. Industri menjahit berkambang dengan pesatnya sejak sepuluh tahun kebelakangan ini, &  menjadi sumber pekerjaan bagi remaja, terutamanya perempuan. Kebanyakkan mereka yang mengusahakan pakaian terdiri daripada samaada mereka yang sudah berhenti  kerja atau mereka yang sukar memperolehi pekerjaan lain. Kekurangan pekerjaan telah menarik minat mereka terhadap industry ini. Kebanyakkan orang menganggap bidang jahitan ini mudah dipelajari, tetapi sebenarnya ia merupakan satu profesion Industri pakaian sekarang dikuasai oleh mereka yang tidak terlatih,  tidak kompeten & yang telah menjatuhkan status profesion ini. Yang demikian, kebanyakkan perusahaan pakaian kekurangan pereka professional yang mana merupakan satu keperluan bisnes ini. Ini adalah untuk  menasihat pelanggan terhadap pemilihan warna, design & fabric.  Percambahan perusahaan pakaian member kesan memudaratkan terhadap tukang-tukang jahit berkompeten, kerana ‘pendatang-pendatang baru’ ini menetapkan kos yang lebih murah agar kebanyakkan pelanggan tidak kisah terhadap kualiti.


Menjahit bukan lah satu kerja yang mudah & kebanyakan pelanggan cerewet. Kebanyakkan tukang jahit tidak menerima bayaran upah yang setimpal dengan kerja-kerja yang dilakukan. Disebabkan mereka tiada pekerja lain, mereka terpaksa menerima hakikat ini. Tugas sebagai tukang jahit adalah rumit, tetepi mereka yang makan gaji kebanyakkan hanya dibayar 25 peratus dari jumlah kos membuat pakaian mereka sehingga enam bulan atau lebih. Ini menimbulkan masalah kepada mereka kerana mereka mengharapkan bayaran upah yang cepat di atas kerja-kerja yang dibuat. Mereka bekerja sebagai tukang jahit mendapati majikan mereka membayar gaji yang rendah. Dengan adanya pengetahuan menjahit, paling kurang pun seseorang itu boleh membaiki & membuat pakaian sendiri di rumah.

Semoga anda lebih baik dari hari semalam, dan hari ini cuba pikirkan sesuatu perubahan yang kita perlu buat agar hari ini lebih hebat dari semalam.
c u t q v m..:-)

Ahad, 15 Januari 2012

Tailoring Sepintas Lalu..



Hai semua & bloger yang hebat.. Hari ini Fira nak ceritakan mengenai sejarah tukang jahit dan menjahit. Pernahkah anda terfikir daripada mana wujudnya pakaian. Lahirnya kita kedunia dah dipakaikan pakaian yang cantik2. Sebenarnya, pengetahuan the art of tailoring, memotong & menjahit kain adalah merupakan dua aspek asas menghasilkan pakaian daripada pola.

Pada zaman dahulu, pakaian dianggap sebagai cara menutup badan. Tetapi selaras dengan perkembangan tamadun, ia dibuat berdasarkan bentuk badan. Robe longgar yang dengan mudah dibuat dari satu atau dua keeping kain dibentuk & dipotong kemudian dijahit bersama dalam pelbagai cubaan menghasilkan pelbagai fesyen.
Lakaran menunjukkanmesin jahit pada zaman dahulu.

Cubaan & Ujian menghasilkan pelbagai fesyen pakaian ini memerlukan skil kepakaran & pembahagian kerja. Juru potong yang menyediakan pola & tukang jahit bergabung sebagai tukang yang mahir dalam industry tekstil ini.

Di peringkat permulaan,seseorang tukang jahit menghasilkan pakaian sendiri. Lama-kelamaan,apabila mahir, mulalah membuat pakaian orang lain. Master  tailors dalam Bandar-bandar & pekan-pekan membangun bertanggungjawab memenuhi keperluan pakaian masyarakat, & kini  seni menjahit menjadi kraf yang semakin khusus, kompleks serta berdaya saing. Fesyen berkembang mengikut arus pembangunan, dari pekan kecil kepada Bandar, Bandar raya & seterusnya.


Terdapat ciptaan inovasi yang hebat-hebat sejak bertahun-tahun lamanya, dalam dunia fesyen dan seni menjahit, kini mesin jahit mampu membuat kerja-kerja menjahit lebih baik & lebih cepat daripada dibuat dengan tangan. Walaupun telah mempunyai teknologi yang tinggi  dalam bidang jahitan, seni jahitan masih lagi dikekalkan sebagi satu seni. Craftsmen dalam bidang jahitan masih lagi yakin dengan menhasilkan personalized clothing,megikut cita rasa pelanggan, walaupun terdapat banyak pakaian-pakaian siap di pasaran, tetapi bagi mereka yang bercitarasa tinggi masih lagi memerlukan sentuhan istimewa terhadap pakaian mereka daripada tukang jahit yang berpengalaman.

Jadi pikir-pikirkan dengan mengikut citrasa anda sendiri….

Jumaat, 13 Januari 2012

Bisnesgirl ..

Semalam dah lewat sgat hujan renyai-renyai plak..Fira kuar jumpa kawan Fira,Syafinaz. Lama tak jumpa dia nih.. rindu rasa muahhh heheheh...... dia nih sekarng dah jadik bisnesgirl.. tabik spring laah kat dia nihh... Dia jual kain pasang ngan baju fesyen2 yang berbling2 manik heheh...(tersembul mata tgok kihkih) .. Dia cakap amik dary sorang cikgu mana tah.... cikgu nih plak amik dary vietnam... wah wah bestt nih...

Yang Fira respect sangat,  dia bawak kain tuh g jual kat ofice2 plak.. mmg ramai lahh yang beli... Tuh plak siap boleh bagi bayaq 2 kali plak tuh... mmg bestt lahh bagi yang dapat gaji tiap2 bulan nih kan. Nanty selepas raya cina ada stock baru sampai.. nanty Fira upload kat cni & Fb teratak Fira .. mana tau ada yang korang berkenan kan heheh... tak payah dah korang susah-susah nak kuar g shoping komplek yang sesak penuh dengan oag ramai kan...Ni la Syafinas yang Fira maksudkan...

 
okayh all tq 4reading...


so..gud luck to all of you..enjoy ur life..


Takooott Menjahit????


Entry kali ini Fira nak bicarakan mengenai  Topik  Takut Menjahit????


Fira percaya jika anda mengikuti blog Fira insyallah perasaan takut menjahit akan berkurangan malah anda akan menemukan keseronokkan tersendiri sewaktu menjahit.

Apabila anda mengikuti tutorial yang Fira sediakan anda akan diajar secara langsung membuat pola baju, cara menggunting kain dan juga cara menjahit. Tutorial Fira juga sangat berguna kerana dilengkapi dengan gambar langkah demi langkah teknik menjahit dan petunjuk yang jelas sehingga mudah diikuti. Bahkan bagi sesiapa yang baru mencuba untuk menjahit.

Jadikan blog tutorial Fira sebagai ‘teman’ dan sumber inspirasi anda dalam mencipta baju-baju koleksi  peribadi anda.Model, warna dan corak kain, serta ukuran juga boleh disesuaikan mengikut keinginan anda. Tentu perkara ini dapat memberi kebanggaan tersendiri malah bagi keluarga anda juga.

Jadi luangkan sedikit waktu dan tenaga anda, dijamin dalam sekejap anda akan menemukan keseronokkan tersendiri sewaktu menjahit, selain itu, dengan baju buatan sendiri anda boleh kelihatan bergaya dan cantik dengan bajet yang berpatutan.

SELAMAT MENCUBA!