Menjahit membantu mereka yang menganggur
Pengangguran telah dilihat sebagai salah satu factor di
sebalik pencambahan perusahaan pakaian dia bnadar-bandar. Industri menjahit
berkambang dengan pesatnya sejak sepuluh tahun kebelakangan ini, & menjadi sumber pekerjaan bagi remaja,
terutamanya perempuan. Kebanyakkan mereka yang mengusahakan pakaian terdiri
daripada samaada mereka yang sudah berhenti
kerja atau mereka yang sukar memperolehi pekerjaan lain. Kekurangan pekerjaan
telah menarik minat mereka terhadap industry ini. Kebanyakkan orang menganggap
bidang jahitan ini mudah dipelajari, tetapi sebenarnya ia merupakan satu
profesion Industri pakaian sekarang dikuasai oleh mereka yang tidak terlatih, tidak kompeten & yang telah menjatuhkan
status profesion ini. Yang demikian, kebanyakkan perusahaan pakaian kekurangan
pereka professional yang mana merupakan satu keperluan bisnes ini. Ini adalah
untuk menasihat pelanggan terhadap
pemilihan warna, design & fabric. Percambahan
perusahaan pakaian member kesan memudaratkan terhadap tukang-tukang jahit
berkompeten, kerana ‘pendatang-pendatang baru’ ini menetapkan kos yang lebih
murah agar kebanyakkan pelanggan tidak kisah terhadap kualiti.
Menjahit bukan lah satu kerja yang mudah & kebanyakan
pelanggan cerewet. Kebanyakkan tukang jahit tidak menerima bayaran upah yang
setimpal dengan kerja-kerja yang dilakukan. Disebabkan mereka tiada pekerja
lain, mereka terpaksa menerima hakikat ini. Tugas sebagai tukang jahit adalah
rumit, tetepi mereka yang makan gaji kebanyakkan hanya dibayar 25 peratus dari
jumlah kos membuat pakaian mereka sehingga enam bulan atau lebih. Ini
menimbulkan masalah kepada mereka kerana mereka mengharapkan bayaran upah yang
cepat di atas kerja-kerja yang dibuat. Mereka bekerja sebagai tukang jahit
mendapati majikan mereka membayar gaji yang rendah. Dengan adanya pengetahuan menjahit,
paling kurang pun seseorang itu boleh membaiki & membuat pakaian sendiri di
rumah.
Semoga anda lebih baik dari hari semalam, dan hari ini cuba pikirkan sesuatu perubahan yang kita perlu buat agar hari ini lebih hebat dari semalam.
c u t q v m..:-)
Semoga anda lebih baik dari hari semalam, dan hari ini cuba pikirkan sesuatu perubahan yang kita perlu buat agar hari ini lebih hebat dari semalam.
c u t q v m..:-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan