Entry kali ini Fira nak bicarakan mengenai Topik
Takut Menjahit????
Fira percaya jika anda mengikuti blog Fira insyallah
perasaan takut menjahit akan berkurangan malah anda akan menemukan keseronokkan
tersendiri sewaktu menjahit.
Apabila anda mengikuti tutorial yang Fira sediakan anda akan
diajar secara langsung membuat pola baju, cara menggunting kain dan juga cara
menjahit. Tutorial Fira juga sangat berguna kerana dilengkapi dengan gambar
langkah demi langkah teknik menjahit dan petunjuk yang jelas sehingga mudah
diikuti. Bahkan bagi sesiapa yang baru mencuba untuk menjahit.
Jadikan blog tutorial Fira sebagai ‘teman’ dan sumber
inspirasi anda dalam mencipta baju-baju koleksi
peribadi anda.Model, warna dan corak kain, serta ukuran juga boleh
disesuaikan mengikut keinginan anda. Tentu perkara ini dapat memberi kebanggaan
tersendiri malah bagi keluarga anda juga.
Jadi luangkan sedikit waktu dan tenaga anda, dijamin dalam
sekejap anda akan menemukan keseronokkan tersendiri sewaktu menjahit, selain
itu, dengan baju buatan sendiri anda boleh kelihatan bergaya dan cantik dengan
bajet yang berpatutan.
SELAMAT MENCUBA!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan