Ahad, 15 Januari 2012

Tailoring Sepintas Lalu..



Hai semua & bloger yang hebat.. Hari ini Fira nak ceritakan mengenai sejarah tukang jahit dan menjahit. Pernahkah anda terfikir daripada mana wujudnya pakaian. Lahirnya kita kedunia dah dipakaikan pakaian yang cantik2. Sebenarnya, pengetahuan the art of tailoring, memotong & menjahit kain adalah merupakan dua aspek asas menghasilkan pakaian daripada pola.

Pada zaman dahulu, pakaian dianggap sebagai cara menutup badan. Tetapi selaras dengan perkembangan tamadun, ia dibuat berdasarkan bentuk badan. Robe longgar yang dengan mudah dibuat dari satu atau dua keeping kain dibentuk & dipotong kemudian dijahit bersama dalam pelbagai cubaan menghasilkan pelbagai fesyen.
Lakaran menunjukkanmesin jahit pada zaman dahulu.

Cubaan & Ujian menghasilkan pelbagai fesyen pakaian ini memerlukan skil kepakaran & pembahagian kerja. Juru potong yang menyediakan pola & tukang jahit bergabung sebagai tukang yang mahir dalam industry tekstil ini.

Di peringkat permulaan,seseorang tukang jahit menghasilkan pakaian sendiri. Lama-kelamaan,apabila mahir, mulalah membuat pakaian orang lain. Master  tailors dalam Bandar-bandar & pekan-pekan membangun bertanggungjawab memenuhi keperluan pakaian masyarakat, & kini  seni menjahit menjadi kraf yang semakin khusus, kompleks serta berdaya saing. Fesyen berkembang mengikut arus pembangunan, dari pekan kecil kepada Bandar, Bandar raya & seterusnya.


Terdapat ciptaan inovasi yang hebat-hebat sejak bertahun-tahun lamanya, dalam dunia fesyen dan seni menjahit, kini mesin jahit mampu membuat kerja-kerja menjahit lebih baik & lebih cepat daripada dibuat dengan tangan. Walaupun telah mempunyai teknologi yang tinggi  dalam bidang jahitan, seni jahitan masih lagi dikekalkan sebagi satu seni. Craftsmen dalam bidang jahitan masih lagi yakin dengan menhasilkan personalized clothing,megikut cita rasa pelanggan, walaupun terdapat banyak pakaian-pakaian siap di pasaran, tetapi bagi mereka yang bercitarasa tinggi masih lagi memerlukan sentuhan istimewa terhadap pakaian mereka daripada tukang jahit yang berpengalaman.

Jadi pikir-pikirkan dengan mengikut citrasa anda sendiri….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan