Jumaat, 27 Januari 2012

Episod 1: Adakah berbaloi jika saya menjahit pakaian sendiri??



         Ada banyak factor yang anda perlu pertimbangkan apabila membuat keputusan sama ada anda mahu menjahit pakaian sendiri atau tidak. Skil perlu dipelajari. Bekalan mesti dibeli. Ruang mesti diperuntukkan untuk menjahit dan menyimpan bekalan (& tentunya berselerak- dari tempat memotong mesin, ke jahit, ke tempat menggosok). Jika anda mempunyai anak-anak kecil, anda mestilah berhati-hati kerana peniti pasti akan jatuh ke atas lantai


         Kos dan kualiti perlu dipertimbangkan . Kini kos fabric telah meningkat dengan tingginya. Teknik mnejhait menjadi semakin rumit. ‘Kemasiapan’ professional sukar diperolehi oleh mereka yang menjahit di rumah. Sentuhan khas, seperti jahit sulam & lain-lain kemasiapan selalunya tidak boleh dilaksanakan oleh mereka yang menjahit di rumah.

comelkann sewing room nih....

         Dengan terdapatnya pakaian-pakaian keluaran kilan tempatan, sudah tentu harga di gedung lebih murah di bandingkan dengan kos apabila anda membuat pakaian sendiri. Tidak lupa juga, jika anda membeli pakaian-pakaian keluaran tempatan digedung-gedung membeli-belah, anda pasti bahawa ianya akan padan dengan anda & anda kelihatan cantik mengenakannya. Apabila anda menjahit sesuatu untuk diri anda sendiri, anda akan lebih mudah membuat kesilapan.

       Saya sendiri membuat pakaian saya sendiri tetapi kini masa menjahit sangat terhad . semakin umur seseorang itu meningkat, dia terpaksa berusaha lebih gigih agar kelihatan menarik. Anda boleh memakai apa sahaja pakaian semasa anda berusia 21 tahun, tetapi apabila anda melewati  40 tahun anda perlu bantuan seberapa banyak untuk kelihatan menari.

Jumpa lagi lam Episod seterusnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan