Jumaat, 28 September 2012

Tip pilih Kasut Terbaik!!!

hey darlings..

im sure enough ramai yang mengimpikan kasut yang cantik terbaik dari ladang bila menggayakannya. Fira sendiri mmg gilakan kasut tambah2 yang bertumit tinggi2 hehehe.. tapi jarang pakai pun cuma menambahkan koleksi hekhek.. Sebenarnya Kasut ialah produk yang menjadi sentuhan terakhir dalam sesuatu penampilan. Ramai girls termasuk Fira sendiri sanggup  berbelanja lebih hanya untuk memiliki kasut idaman. Tak kira mesti dapatkan jugak heheh..  Namum tidak ramai mengutamakan faktor keselesaan.. Kita hanya pikir yang penting kasut tu cantik... tak betul sebenarnya.

haha design kepala keta pun ada.. comel heheh...

Untuk memiliki kasut yang selesa dipakai dan kekal bergaya bila disarungkan, meh review tips yang Fira sediakan... Mungkin boleh membantu korang dalam pemilihan fesyen kasut sekarang. Kalu ada some review boleh laa letakkan di komen.

1. first sekali mesti belek2 kualiti Kasut tersebut. Ni laa faktor utama yang menjadikan sepasang kasut itu tahan lebih lama, keselesaan dan dilihat praktikal bila disarungkan.
- Sebelum  mencuba sepasang kasut yang diidamkan, korang perlu berhati-hati dan memeriksa setiap inci kasut tersebut bermula dari bahagian kaki dan tumitnya. Jika kasut tersebut diperbuat daripada metirial kulit cuba perhatikan titik2nya.. mna tau kan heheheh...ia haruslah fleksibel dan elastik,

2. Lapik dalam yang dipanggil insole 
Tahap lain yang korang harus periksa ialah bahagian lapik dalam kasut itu. Pastikan lapiknya dibentuk sehampir yang mungkin dengan kaki korang. Ini bagi memastikan keselesaan sewaktu korang memakainya, takdelaa korang jlan tersenget2 sakit tumit disebabkan lapik dalam kasut yang tak betul.
- Tapak kasut yang korang pilih tuh mesti anatomi, iaitu seakan-akan bentuk kaki.

3. Mencuba kasut dengan cara YANG TEPAT.
Sebelum korang membeli kasut tersebut pastikan korang tahu saiz tapak kaki sndiri dan korang perlu cuba kedua2 belah kasut tersebut dan berjalan2 didalam kedai tersebut untuk mendapatkan keserasian. bila dah selesa baru lah membuat keputusan terakhir. Pernah tak jurujual kasut akan cakap mcam nih, kasut baru tak betul2 muat sebab nanty kasut tuh akan mengembang jika kamu memakai berulangkali.. Jurujual tuh cakap memag la ada benarnya tapi jika kamu memakai kasut tersebut dalam saiz yang kecil mmg laa tak selesakan.. nak tggu kembang baru nak selesa.. padahh laa jawabnya..

4. Cuba  Kasut di Rumah
Ceeewahh tajuk no 4 tuh macam kecewi jaa dapat kasut baru heheh.... Tetapi sebenarnya betul. Dirumah korang boleh cuba kasut tersebut sehinggalah dapat memuaskan hati korang dan tersenyumm lebar. Kaedah ini dapat memastikan keputusan yang dibuat tepat atau sebaliknya. Jika sebaliknya korang boleh lagi nak pulangkan kasut tersebut atau menukar dengan kasut yang lain. Selalunya jaminan penukaran untuk sepasang kasut selama 30 hari dengan syarat korang tak hilangkan resit pembelian serta kotak kasut yang diserta sewaktu pembelian.

5. Pilih ukuran & rekaan yang betul
Pilihlah model kasut yang klasik, khususnya dari segi rekaannya. pastikan ketingian yang kamu pilih benar menjamin keselesaan dan kesihatan kamu.
rekaan bentuk binatang comel.. tapiiiiii.. selesa kew????

6. Pilih kasut yang besesuaian dengan tubuh kamu.
Sangat penting untuk mempertimbangkan ukuran tubuh korang sewaktu korang memilih kasut. Perempuan yang bertubuh besar tidak disaran untuk memilih kasut yang yang bertumit tinggi dan runcing atau jenis kasut "stiletto". tetapi lebih cantik dan manis jika memakai kasut dengan tumit besar dan stabil.
ni laa gaya kasut stiletto

kasut wedges macam nih mmg sangat selesa dan cantik

Jadi jom laa kita memetingkan penjagaan dan kesihatan kaki kita dengan memilih kasut yang betul dan cantik....barulah kita sentiasa comel....

tq4 reading comel2 sekelian...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan