Sabtu, 25 Ogos 2012

Asam Pedas Ikan Kembong in The Making

Done.. Asam pedas Ikan kemBonggg...

Okeyhh sekarang nih masih lagik dalam mood raya.. Tapi rendang ketupat mesti laa dah habiess kann .. raya pertama lagik dahh habess heheh... Dah masuk hari raya yang ke 8 mula larr nak geledah periuk nasik nak mkan tengahary kan heheh maklumlahh dah ramai yang pulang ke bandar untuk start bekerja.. jadi open house dah semakin berkurang untuk di kampung yew.. kalu di kl tuh mungkin raya sebulan.. hujung minggu jaa ada sajew open house kan... 

Entry kali ni pasal masak bukan pasal fashion.. jangan terkejut tau.. bukan dah tak minat fashion tapi fashion dan menjahit nih da jadi darah daging.. tahun ni malam raya, hari raya pertama still lagik menjahit tau heheh... Abang n Kak Fira asyik marah jeww heheh.. nak buat camna kan baju raya yang ditempah untuk raya mesti kena siapkan...

Ok back to Asam Pedas kita.. Honestly Fira mmg pandai masak okayhhh (kew perasan sendiri heheh) Tapi disebabkan kecik2 dulu arwah mak fira mesti membebel kalu dia tengah memasak anak dara rileks tgok tb.. siaplahh kau tutup telinga heheh... tapi kecik2 dulu memag liat, yew laa kan budak2 mesti nak tgok cartoon nak main ngan kawan2 jew kan.. Tapi dipaksa jugak masuk dapur.. start dari cnilahh fira pandai masak memasak nih. setakat kari ikan tuhh senang jew bagi Fira heheh...  Tapi bila dah besar panjang nihh masak memasak nih jadik bestt plak.. Seronok bila bereksperimen pasal masak ni. Letak tu rasa macamtu letak ni rasa macam ni. So Fira dah mula jatuh cinta dengan fashion n masak memasak nih.. berangan konon2 nak jadik fashion designer macam hatta,, nak jadik chef macam chef wan heheh last2 jadik art designer amek kau heheh...

Panjang betul membebel hahah...But as for now i nak berkongsi dgn u guys mcm mana nak masak Asam Pedas oag utaghra, Superb. Sgt senang nak masak and sgt sedap! Tak pecaya? Try yourself! hehe

Ikan 1/2 kilo ( Fira guna ikan Kembonggg ja hehe)


Cili kering 20 batang (rebus dan cuci)
buah keras 5 biji
belacan 1/2 inci

(Blend ke semua bahan di atas dan ketepikan)

Bawang merah kecil 5 ulas
bawang putih 3 ulas
serai satu batang yang kecil
kunyit hidup 1 inci.

(Blend ke semua ini dan ketepikan)

bahan-bahan lain untuk ditumis :

biji halba - 10 biji
daun kari - satu batang lurutkan
daun kesum 2 tangkai ikat

Cara-caranya,

1.Panaskan minyak, tumiskan biji halba, daun kari, daun kesum.
2. Setelah naik bau, masukkan kisaran campuran bawang bawang tadi sehingga naik bau dan agak garing.
3. Masukkan pula kisaran campuran cili kering tadi sehingga garing dan naik minyak.
4. Masukkan air bancuhan asam jawa, garam dan ajinomoto dan sedikit air
5. Setelah mendidih masukkan ikan, tomato dan kacang bendi.
6. Biar mendidih dan kemudian kecilkan api untuk merenihnya.
7 Angkat dan hidang bersama nasi panas.

ok, itu sajalah cara2 memasak asam pedas, tgk mcm complicated nak buat kan? Padahal senang nak mampus! hehe actually masak ni, kita kene banyak mencuba. Kalau sekali buat memangla tak sedap. Tapi kena keep on trying la. Nti lama-lama mestila terror kan? Boleh jadi masterchef gitu. Haha okla. Kang tak kuasa korang nak membaca i bebel panjang2. Ade org nak baca ke? haha tak kisahla, i just nak berkongsi ape yg tau dgn u guys. SO selamat mencuba!! :))

Tiada ulasan:

Catat Ulasan